Campak ke laut jadi pulau, Campak ke darat jadi bukit, Campak ke gaung jd tasik, Campak ke lurah jadi kawah, Campak ke sungai membenih ikan, Campak ke belantara jadi jati, Campak ke laut meruah rezeki, Campak ke langit jadi bintang, Sebutir intan juga engkau, Yang tua renta kau kutip sayang, Yang muda belia kau ajar membilang, Yang buta jiwa kau suluh benderang, Kerana kau manusia gemilang, Dihantar Allah menjadi dian, Sebutir benih adalah engkau.