Saturday, October 16, 2010

SIFAT-SIFAT ISTERI YANG BAIK

1 ) Ada ciri-ciri keselarian dengan suami.
Sebagai isteri hendaklah dia melahirkan ciri-ciri keselarian dengan suami.Isteri hendaklah menjadikan dirinya sumber kekuatan jiwa dan menjadi pendorong serta pembantu perjuangan suami,bukannya penghalang.

2 ) Menjadi teman atau penghibur suami
Isteri hendaklah menjadi teman bercakap dengan melayan fikiran suami.Iaitu dengan menumpukan sepenuh perhatian apabila suami bercerita.Sikap acuh takk acuh akan mengakibatkan perasaan suami tersinggung dan hilang minat untuk bercakap-cakap lagi.Sekiranya berterusan si suami akan dihinggapi penyakit suka mengelamun sendirian di rumah.Akibatnya bukan suami saja yang menderita malahan isteri juga akan menanggung seksa batin.

3 ) Pandai mengambil hati suami
Isteri hendaklah mengucapkan perkataan-perkataan yang menyenangkan suami.Elakkan dari berkata-kata hal yang tidak di sukai suami.Elakkan dari merungut-rungut tentang kesusahan dan keperluan hidup.Lelaki akan menderita sekali kalau orang dibawah tanggungjawabnya menderita.Jangan diapi-apikan apabila suami dalam keadaan marah.Banyakkan sebut kalimah Allah kerana kata-kata itu akan melunakkan hati suami.

4 ) Menjadi pelayan kepada suami
Kalau suami dilayan dengan baik,jiwanya akan hidup dan akan menjadi pejuang yang hebat.Kalau tidak dilayan,suami akan merasa hampa dan mati jiwanya.Isteri -isteri yang cerdik akan memahami seni melayan suami.

5 ) Memahami selera suami
Pelajarilah dan fahamilah selera suami.Walaupun bukan hukum fardu ke atas isteri ,tetapi kerelaanya menjalankan tugas itu menjadi lambang keluhuran jiwa.Suami akan merasa senang dan gembira sekiranya dilayan makan minum mengikut selera yang digemarinya.

6 ) Sedia berkhidmat untuk suami
Isteri yang solehah sedia berbuat apa sahaja untuk suami.Iaitu melayan tabi’i dan tuntutan semulajadi suami.Jimak hanya sebahagian dari sudut tuntutan tabi’i.Isteri hendaklah sentiasa berhias diri,sesuai cara bersolek dan pakaiannya,dan berwangi-wangian di samping suami

TIP MENCARI CINTA

Menemukan cinta sejati tidak semudah membalik telapak tangan, perlu pemikiran dan kondisi yang ideal untuk menentukan bahwa seseorang adalah cinta sejati Anda. Namun ada tips yang dapat membantu menemukan cinta sejati. Ini dia! 1. Jangan mencarinya. Cinta tidak datang pada seseorang yang mencarinya. Jika memang Anda baru saja mengakhiri suatu hubungan, fokuslah pada diri dan kehidupan pribadi terlebih dahulu. Tidak perlu terburu-buru mencari cinta yang baru, dan nikmati kesendirian Anda. 2. Beri waktu untuk diri sendiri. Temukan aura positif Anda. Jika perasaan puas terhadap diri muncul, maka secara otomatis aura positif itu akan terpancar. Dan orang di sekitar pun akan melihatnya. Itulah daya tarik bagi diri Anda. 3. Jika sudah siap untuk membuka lembaran baru bagi hubungan, maka mulailah memilih karakter pasangan seperti apa yang diidamkan. Tak hanya dari segi fisik namun juga mental dan kepribadian.4. Bergaul dan hang out. Hal itu akan membuka kesempatan bagi Anda untuk bertemu orang baru. Siapa tahu salah satu di antara mereka adalah cinta sejati Anda. 5. Berani ambil risiko. Jika suatu hari Anda bertemu dengan seseorang yang sesuai dengan kriteria cinta sejati, jangan ragu untuk mengambil langkah. Mulailah perkenalan dan menjalin hubungan. Karena kesempatan tak datang dua kali. 6. Yang paling penting, cintai diri Anda terlebih dahulu. Hiduplah dengan bahagia dan jangan pernah melepaskan harapan. Yakinlah, setiap orang diciptakan berpasangan. Masalahnya hanyalah mendapatkan orang yang tepat, di waktu yang tepat.

NASI DAGANG


Nasi Dagang memang sinonim dengan masyarakat pantai timur. Nasi dagang dikaitkan dengan masyarakat dulu-dulu yang suka membuat resipi masakan. Sekarang nasi Dagang telah ada banyak di kedai-kedai makan. Nasi dagang sudah menjadi laris di kedai-kedai kopi. Nasi dagang begitu sedap dimakan apabila kuahnya dicampurkan dalam makanan nasi dagang tersebut. Nasinya yang begitu harum hingga menaikkan selera makan kita. Baunya seperti bunga-bungaan memang sedap dimakan. Ditambah pula, kuahnya di dipanas hingga mengelegak supaya orama kuahnya menaik. Biasanya, Nasi dagang dimakan semasa waktu pagi.

MAKANAN TRADISIONAL NEGERI TERENGGANU

HUKUM PENGGUNAAN TANGKAL

Sesungguhnya jampi-jampi dantangkal-tangkal juga tiwalah itu syirik - hadis riwayat Imam Ahmad danAbu Daud. Juga berdasarkan kepada sebuah hadis daripada Aqabah bin Amir yangbermaksud: Barang siapa menggantung tangkal maka sesungguhnya dia telahs yirik - hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah, Ibn Habban danal-Hakim.

Menurut Asy-Syeikh Abdul Rahman bin Hassan seperti yang tersebut dalamFathu `l-Majid, larangan tersebut berdasarkan kepada:

1. Umum hadis-hadis di atas melarang penggunaan tangkal, tanpa pengecualian atau merujuk kepada kes-kes tertentu.

2. Untuk mencegah kekeliruan, di mana orang awam berkemungkinan tidakdapat membezakan antara tangkal yang diperbuat daripada ayat-ayatal-Quran atau doa-doa dengan tangkal yang ditulis bukan daripada ayat-ayat tersebut.

3. Untuk mengelakkan berlakunya penghinaan terhadap ayat-ayat suci,iaitu sekiranya ia dibawa ke tempat-tempat kotor, seperti tandas,dipakai ketika istinjak, ketika dalam keadaan junub dan sebagainya.

Pendapat ini disokong oleh Abdullah bin Mas'ud juga murid-muridnya,Ahmad Hambal dan juga kebanyakan para sahabat, dan disokong oleh ulamayang terkemudian daripadanya seperti Ibn Abbas, Uqbah bin Amir dan IbnAkim.

Pendapat kedua ialah pendapat yang mengharuskan penggunaan tangkal yang diperbuat daripada ayat-ayat al-Quran, nama-nama Allah dan sifat-sifat-Nya. Ini adalah pendapat Abdullah bin Umr bin al-As, juga sesetengah ulama salaf.

Menurut fatwa jawatankuasa fatwa kerajaan Arab Saudi yang dibukukan,iaitu dalam Al-Fatawa Az-Zahabiyah, 1996, ms. 252, pendapat pertama, iaitu pendapat yang melarang penggunaan tangkal adalah lebih kuat hujahnya, lebih mantap untuk memelihara akidah, tauhid dan pegangan hidup orang Islam.

Menurut Ibrahim an-Nakhaiy, para ulama salaf tidak menyukai (karahah)penggunaan tangkal. Yang dimaksudkan dengan karahah di sini ialah haram.Ini adalah pendapat Imam Ahmad, juga pendapat sekumpulan sahabat yangdisokong oleh ulama yang terkemudian.

Adapun tangkal yang diperbuat selain daripada ayat-ayat al-Quran dan nama-nama Allah, sifat-sifat-Nya juga doa-doa, maka hukumnya adalah syirik, berdasarkan kepada umum hadis-hadis di atas.

Keterangan hadis berikut memperkuat larangan menggunakan tangkal. Pada suatu ketika Abdullah bin Mas'ud mendapati isterinya memakai kalung yang ada padanya tangkal. Beliau telah melucutkan tangkal itu danmemotongnya sambil berkata:

``Seluruh keluarga Abdullah tidak boleh melakukan amalan syirik kepadaAllah dengan sesuatu yang tidak pernah diturunkan oleh Allahketerangannya.'' Kemudian beliau berkata, menyatakan yang beliau pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya jampi-jampi,tangkal-tangkal dan tiwalah itu syirik. Para sahabat telah bertanya: Ya Rasulullah, jampi-jampi dan tangkal telah kami tahu, apakah yang dinamakan ``tiwalah'' itu?

Baginda menjawab: Tiwalah itu ialah pekerjaan yang dilakukan oleh kaum wanita agar dengannya suami-suami menyayangi isteri-isteri mereka.

Larangan menggunakan tangkal ini sama seperti fatwa yang dikeluarkan oleh As-Syeikh Abdul Halim Mahmud (Ahmad an-Nuhas, 1994:515). Larangan menggunakan tangkal ini meliputi tangkal yang diperbuat daripada logam, yang dipakai di pergelangan tangan seperti yangdijelaskan oleh hadis berikut:

Daripada Imran bin Husain sesungguhnya Nabi telah melihat seorang lelaki memakai gelang tembaga di lengannya. Baginda bertanya: Apa ini? Lelakiitu menjawab: Ini adalah benda yang lemah. Mendengarkan katanya itu baginda bersabda: Lucutkan ia. Sesungguhnya ia tidak menambah, kecuali kelemahan. Kalau kamu mati sedangkan ia tetap kamu pakai, selama-lamanyakamu tidak akan selamat - hadis riwayat Imam Ahmad. Lelaki yang memakai tangkal tembaga ini mengalami sakit di lengan.Tangkal yang dipakai telah dijampi terlebih dahulu.

Baginda s.a.w.menyuruh agar menanggalkannya, jangan dipakai lagi dan menyatakan bahawa tangkal itu akan hanya menyebabkan dia lebih lemah, kerana hati dan harapannya selama itu bergantung kepada tangkal yang tidak memberi manfaat atau mudarat.
Menurut Ahmad an-Nuhasiy at-Tumi dalam kitabnya Syifau `r-Rahman ll`s-sihr wa `l-hasad wa Amradi'l-Jan, ms. 101, perbuatan menggantungkan al-Quran pada anak-anak kecil juga pada orang dewasa, ataupun di kereta untuk melindungi diri daripada kecelakaan, atau daripada gangguan jin-jin adalah termasuk dalam amalan bid'ah.

Begitu juga perbuatan menggantung ayat-ayat al-Quran, seperti surah Alam Nasrah dikedai-kedai, agar terhindar daripada pencuri berdasarkan kepada hadis-hadis di atas. Dalam satu soalan yang dikemukakan mengenai hukum menggantungkan tangkal pada pesakit yang ditulis padanya doa-doa dengan ayat-ayat al-Quran dengan perkataan Arab yang tidak difahami maknanya, yang disertai dengan lakaran bintang-bintang, juga nama-nama nabi, as-Syeikh Abdul Aziz bin Bar memberi fatwa bahawa tangkal tersebut tidak harus digantungkan pada manusia, diletakkan dalam pakaian, di atas hamparan tempat tidur, atau di mana-mana tempat dalam rumah, untuk menolak bala atau kecelakaan,atau untuk mendapatkan kebahagiaan.

Perbuatan tersebut adalah syirik. Dalam sebuah hadis riwayat Imam Ahmad, Ibn Majah, Ibn Hibban danal-Hakim, daripada Zainab, iaitu isteri Abdullah bin Mas'ud, ia berkata bahawa suaminya telah melihat sehelai benang dililit di lehernya.

Dia bertanya: Apa ini? ``Sehelai benang yang telah dibacakan jampi,'' jawab isterinya. Abdullah bin Mas'ud telah melucutkan benang tadi lalu memotongnya,kemudian dia berkata:

Semua keluarga Abdullah bebas daripada syirik. Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :Sesungguhnya jampi dan tangkal juga tiwalah itu syirik. Zainab bertanya, ``kenapa kau berkata sedemikian rupa, padahal mataku mengeluarkan air mata apabila terpandang seorang Yahudi dan apabila akumemakainya, air mata itu tidak keluar lagi. Abdullah menjawab:

Sesungguhnya itu adalah amalan syaitan. Apabila kamu taat kepadanya, ia akan mencucuk mata dengan jarinya. Cukuplah engkau membaca, seperti yangd ibaca oleh Rasulullah s.a.w. doa yang berikut: Hilangkan sakit ini, wahai Tuhan manusia, sembuhkanlah aku, Engkau adalah penyembuh, tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan sakit - hadis riwayat Ibn Majah, Abu Daud danal-Hakim.

Pendapat keempat, penggunaan tangkal, tidak kira sama ada tangkal yang diperbuat daripada ayat-ayat al-Quran, nama Allah, sifat-sifat-Nya dandoa-doa, yang ditulis pada kertas, kain atau pakaian (dibuat baju),logam, daripada binatang, tumbuh-tumbuhan, batu akik, termasuk benangdan sebagainya dilarang menggunakannya apabila ia disertai dengan amalan sihir, seperti yang dijelaskan dalam sebuah hadis:

Barang siapa membuat satu simpulan, kemudian meniupnya, maka sesungguhnya dia telah melakukan amalan sihir, barang siapa melakukan amalan sihir maka sesungguhnya dia telah melakukan syirik - hadisr iwayat an-Nasaiy.

Yang dimaksudkan dengan sihir di sini ialah perbuatan menyediakan tangkal yang terdiri daripada sesuatu yang boleh dibuat pengikat, seperti benang, kain dan sebagainya, atau benang yang diletakkan padanya tangkal, ataupun kain yang diambil daripada kain kapan, kemudian dibacakan dengan rangkaian jampi mantera untuk memanggil jin-jin, samaada jin-jin yang dibela, dibuat sahabat atau dibuat saudara yang akan``bersama'' dengan tangkal yang dibuat tadi, membolehkan pemakai tangkal memperoleh natijah luar biasa, yang dianggap sebagai ``hikmah'' untuk pendinding diri, disukai ramai, penggerun dan sebagainya, kemudian bahan tadi ditiup yang diistilahkan sebagai ``an-nafath''.

Orang yang berkenaan telah melakukan sihir. Kalimah ``an-nafath'' asalnya bererti mengeluarkan sesuatu daripada mulut seperti kahak atau air ludah (al-Munjid, 1966: 823), tetapi yangd imaksudkan di sini ialah meniup daripada mulut tanpa mengeluarkan air ludah.

Amalan ini banyak dilakukan oleh tukang-tukang sihir perempuan di zaman jahiliah seperti yang tersebut dalam al-Quran (al-Falaq, 4). Jelasnya, tangkal tidak kira daripada bahan apa ia disediakan, sekiranya disertai dengan pemujaan jin-jin, maka amalan itu tetap dilarang.

Orang yang berbuat demikian telah melakukan sihir, yang boleh menyebabkan syirik iaitu salah satu dosa besar yang dilarang dalam Islam. Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syirik dan Allah mengampunidosa selain daripada dosa syirik terhadap mereka yang dikehendakioleh-Nya - (an-Nisa': 48).

Sunday, January 24, 2010

Main Boling


Salam..hai kwn2 yg dirindui..best r mase main boling hari 2..tapi kalau kwn2 yg lain ikt skali hari 2 mst best gilerkan.tp xpelah.gane2pn ttp best leh same korang..hehehehehe..miss u so much..